Tuesday, July 22

JOM ISI BORANG....pada yang layak.

Masuk tahun ketiga di institusi ni, tak ler banyak yang aku belajar sejak bertukar dari Selangor dulu... namun aku akur bahawa tanggapan aku semasa bertugas di pejabat dulu tentang wibawa sekolah memang meleset sama sekali. Artikel yang aku pernah email ke SPP memang senario sebenar di sekolah-sekolah semasa ini. Puas ? ..memang puas mengajar, naik turun bangunan dan menapak ke hulu hilir kawasan premis ini. Masa mengajar memang banyak.. ditambah dengan berbagai tugas lain dan dihimpit dengan sistem dan stail pengurusan yang berbagai-bagai menyedarkan aku bahawa takkan kemana kalau terus tinggal di sini. Aku nampak borang tukar kat pejabat, so aku ambil dan cuba isi agar puas hati aku. Banyak sangat aku perabih untuk sampai ke sekolah ini setiap hari tidak termasuk kelas tambahan hari Sabtu secara percuma. Bukan program HIKMAH yang berbayar...walaupun ada tenaga pengajar yang tak jejakpun tingkatan 5 tapi layak mengajar kelas peperiksaan ini. Kalau nak disenarai ketidakpuasan hati memang berjela-jela boleh ditinta, tapi aku memberi alasan bahawa kos petrol yang tinggi tak berbaloi untuk aku terus mengajar disini. 1/5 dari gaji bulanan aku untuk tuang minyak kereta saja, padahal kalau sekolah aku dekat, boleh aku naik motor kapcai saja. Aku akan isi borang tukar dan hantar ke pejabat minggu depan, kalau ada rezeki boleh ler pindah sekolah dekat sikit dengan rumah. So kepada kengkawan yang rasa-rasa dah tak mampu nak tuang minyak penuh.. yok la kita isi borang tukar..cari pengalaman di sekolah lain pulak.. mana ler tahu kut-kut ada rezeki yang lebih baik menanti. Amin.

2 comments:

yang benar said...

aku rasa nak pindah juga bila kawan semua nak pindah. minyak dah terlalu mahal. elaun cola dah lah seratus. tiada siapa yg membela nasib kita. dari bandar jauh ke seri medan untuk mendidik anak watan medan. tapi dah 13 tahun budak2 medan masih lagi dengan sikap yang malas. kalau mereka rajin sejuk juga hati aku. tapi tenguklah juga . aku yakin kalau budak medan berubah pasti mereka boleh berjaya!!!!!!!!. itulah dulu , dah dapat pindah tak nak pindah. bila minyak dah naik nak tukar motor 135lc. minyak oh minyak napelah kau naik , adakah dunia sudah berubah.? dan dah moden. benar itu tetap benar, benarlah kata orang.

santalia said...

Aku nak nasihat kepada orang-orang yang nak pin dah ni. Sebenarnya kita tak tahu lagi macam mana di tempat baru ni. Entah-entah lagi teruk suasana kerjanya dengan tempat yang ada sekarang. Pasal minyak ni aku syorkan mereka yang tinggal berhampiran bolehlah kongsi kereta. Untung-untung yang tumpang anak dara Kah....kah. Lagipun kuranglah sikit sesak di kawasan tempat parking yang memang sempit tu. Fikr-fikirkanlah!!