Monday, July 28

Selamat Pergi Selamat Kembali...

Tamat sudah ekspedisi kami ke Taman Negara Endau-Rompin (Selai) hari ini. Banyak peristiwa menarik dirakam dan dialami oleh semua peserta. Semua berjalan dengan lancar walaupun ramai yang digigit pacat semasa menjelajah ke Takah Tinggi (air terjun). Penginapan di beberapa chalet kecil dan dihumban dengan sepenuhnya untuk penjimatan kos kerana kuota jantina yang tidak seimbang. Di temani dengan kumpulan bankers dari KL, kem agak sesak kerana kawasan tempat makan dijadikan pusat mengurus aktiviti. Aktiviti standard seperti eksplorasi, tubing, demo survival oleh Tok Batin dan sebagainya. Alhamdulillah, semua individu dapat dikawal dengan sebaik mungkin walaupun ada percubaan untuk 'teman tapi mesra'.... So target untuk 'Thumbs Up" ditunda di lain masa..

Di antara bebudak Pra-U 2008 yang bersantai menunggu ketibaan 4WD untuk berangkat ke Taman Negara

Tiba di Pejabat Perhutanan untuk mendaftar dan mengambil permit masuk.

45 minit kemudian tiba di Selai setelah digoda dengan keadaan jalan yang tidak rata dan licin.

Diantara kenderaan yang digunakan untuk mengangkut para peserta.

Hari kedua..persiapan untuk menawan puncak air terjun Takah Tinggi...semangat nampak!!

Acara berendam di kolam.. ada pulak yang perlu diselamatkan walaupun air setinggi peha jer...ermmm

Di antara view menarik di Takah Tinggi.. semua kaget dengan deruan air yang menghempas.

Kepenatan pulang dari ekspedisi Takah Tinggi..tarik nafas sekejap.

Si Tupai yang sering melawat tapak kem untuk mencari sesuap nasi dan seteguk kopi.

Inilah chalet tempat kami berlindung dari panas matahari dan kedinginan malam.

Acara 'tubing' di Lubuk Tapah..

Di antara 'CHEF' yang memasak untuk peserta-peserta di kem ini..menu? Kari Ikan Senangin.

Sebagai kesimpulannya, perkhemahan di Taman Negara Endau-Rompin ini berjalan dengan lancar ditambah dengan cuaca yang cukup baik, yang membenarkan kami menjelajah ke semua kawasan menarik walaupun selalu ditemani oleh Sang Pacat. Memang adat berkhemah penuh dengan cabaran dan dugaan...so sesiapa yang tak tahan dengan agas, nyamuk, pacat dan segala kesulitan di hutan, tak payah ler datang..duduk kat rumah tengok Astro ( Discovery ) lagi selesa. Kalau datang lagi tahun depan kita pergi memburu Sang Kelah dan Sang Sebarau di lubuk-lubuk yang jauh ke dalam hutan..walaupun jauh ke dalam, tapi berbaloi.. So thanks kepada semua yang terlibat secara lansung dan tidak lansung dalam menjayakan perkhemahan ini.. Ada lagu menarik yang Si Ceceh nyanyikan disini..... " Hai son budak jaga lembu, hari-hari curi jambu..selalu dikejar Tok Penghulu..kena tangkap tentu kena palu.." Pesanan ini untuk nelayan-nelayan haram yang cuba mengorat ikan-ikan di Lubuk Tapah!!!

No comments: