Sunday, May 31

Jom kita ke KB

Dah lama aku tak mengunjung negeri Kelantan ni...masa aku belajar di U dulu adalah jugak melawat dengan teman sepengajian aku ke Bachok, Tumpat, Kota Bharu dll. Esok aku akan memandu ke sana melalui Segamat, Kuantan, Sg. Tong dan terus ke KB. Agenda tak banyak, cuma menjalankan tugas kepada MSSM dalam sukan yang memang aku fanatik.
Aku teringin nak jumpa beberapa teman lama masa di MPSI dan UIA...mungkin pertemuan ini akan mengembalikan nostalgia..suka dan duka. Harapan aku mereka ni masih boleh dihubungi melalui telefon semasa aku berada di sana.
Balik dari KB nanti aku cuma dapat berehat sehari jer...terpaksa bergegas ke LCCT dan terbang ke Bangkok untuk menjalankan tugas yang hampir sama cuma di peringkat yang lebih tinggi dan berprestij. Pengalaman ini baik untuk aku sendiri dan semuga dapat aku kongsi dengan teman-teman sealiran di Malaysia. Semuga FIVB akan buka mata dan mengecam aku untuk kejohanan yang lebih tinggi lagi.

Sunday, May 24

Matangkah Mahasiswa Kita....

Sebenarnya aku menghimbau kisah silam masa belajar kat Menara Gading dulu. Mungkin kerana mak bapak tak pernah belajar tinggi maka banyak keputusan tentang pengajian aku urus sendiri. Mungkin juga kerana usia dah tinggi dan punya tanggungjawab sebagai suami dan ayah menjadikan aku sentiasa berfikir tentang urusan dan keputusan tersebut. Berjimat cermat adalah faktor utama untuk melansungkan urusan seharian di U, segala perbelanjaan dihitung agar tak mengganggu nafkah hidup. Perbelanjaan diurus sempurna untuk segala bentuk permintaan yang sentiasa mendatang. Kalau tak pandai urus, maka pokai la setiap hujung bulan.
Aku terkejut bila anak-anak masuk U mereka tak pernah fikir lansung tentang perbelanjaan mereka. PTPTN sapu bersih, tak cukup mintak mak bapak...tak tahu ke yang mak bapak mengunci perut nak hantar belanja tiap bulan? Heran betul...tanpa memikirkan apa-apa risiko, segala permintaan kawan-kawan untuk projek diangguk saja..tap tup mak bapak yang kena tanggung!!!
Apa sebab nak kena pergi Taiwan untuk projek kumpulan? Kenapa tidak Thailand? Kenapa tidak cuma Singapore yang kat depan mata? Agak-agak beza perbelanjaan Taiwan dan Singapore tu sekupang dua ka? Tu la bodoh dan tidak matangnya mahasiswa sekarang...zaman ekonomi meleset ni, patutnya kena fikir dengan matang...kalau semua mak bapak nak tanggung segala keseronokkan anak di U, maka punah la hidup!!! Kesimpulannya...Lu Pikir La Sendiri!!!

Wednesday, May 20

Terima Kasih Kawan....

Hidup kita ni bukan selalu senang, ketika susah bukan semua yang boleh bantu..kadang-kadang adik beradik sendiripun tak dapat nak menolong. Aku pernah dilanda kesusahan dalam menguruskan isteri yang sakit...walaupun kesusahan tu tak pernah kita minta, namun dugaan dari Yang Maha Esa tu menduga keimanan dan kesabaran hambanya.

Kawan memang banyak, seantario Tanah Malaya aku punya kawan...tapi kawan ada yang masa senang jer, nak cari kawan masa susah bukan senang...Tapi aku dah jumpa kawan masa susah ni...terima kasih kerana membantu aku walaupun aku rasa cukup terharu dengan pengorbanan beliau..Semuga Tuhan membalas jasa baiknya..diberkati pertolongan yang ikhlas ini...Ini masa aku, InsyaAllah...masa kau nanti, pasti aku cuba sedaya upaya aku...

Kini, aku punya sahabat masa senang dan masa susah...Thanks Yee..really appreciate your aids and assistance...mmuuuaaahhhhh!

Friday, May 8

Semester Break yang sesak

Mid Semester break ni akan merupakan cuti sekolah yang paling sibuk akan aku alami. Bermula dari 2hb Jun sampailah 15 Jun. Bermula dengan Kejohanan Bola Tampar MSSM di Kota Bharu, Kelantan yang mengambil masa sampai 7hb nanti. Mungkin aku drive ke sana, boleh jugak shopping kat Rantau Panjang dan KB...

Kembali dari KB aku kena bersiap untuk ke negara jiran Thailand. Rupa-rupanya FIVB telah memberikan aku peluang untuk bertugas di Kejohanan Bola Tampar Wanita Dunia (pusingan kedua) di Nakhon Pathom, Thailand. Punyala aku happy...maklumlah, bukan senang terpilih bertugas di kejohanan dunia seperti tu...Aku pun dah book tiket penerbangan, akan berangkat pada 10hb Jun dan kembali pada 15hb Jun...sehari selepas sekolah dibuka. Apa nak shopping kat Bangkok ek?...

Friday, May 1

Beach Volleyball in Langkawi

Dah lama aku tak ke Langkawi, bila aku naik bas dari BP ke Kuala Perlis letih sungguh rasanya. Perjalanan 12 jam cukup membosankan ditambah dengan 3 kali transit untuk sampai ke destinasi. Banyak sudah perubahan berlaku...bermula dari Jeti Kuala Perlis hinggalah ke Langkawi sendiri. Aku bermastautin di Pantai Cenang di satu resort yang sederhana. Yang bagusnya hanya 10 langkah ke gelanggang. Cuaca sangat panas, hanya hembusan bayu laut dan panorama pantai dan laut saja memujuk jiwa dan raga. Cuci mata? Yes...banyak pelancong asing yang bersantai...

Aku layan jer aktiviti seminggu kat sini...janji ada masyukkkkk...sempat la jugak shopping kat KUAH, cari buah tangan untuk keluarga dan kawan-kawan...tak lupa produk GAMAT yang cukup banyak dipelbagaikan...

Saturday, April 18

Tak de rezeki....


Aku memang teringin sangat nak serve untuk game antarabangsa...27 Mac 2009 aku dapat email dari Setiausaha Eksekutif AVC untuk bertugas di World Woman Championship 2010 di Puriura City, Wellington, New Zealand. Bila aku terima email tu dan nampak tajuk kejohanan aku rasa jauh lagi masanya....tap tup selepas 2 minggu aku terima lagi email kedua meminta jadual penerbangan....bila aku check di website FIVB...masyaAllah!!! Kejohanan tersebut akan bermula pada 20 April 2009 rupanya...punya la kelam kabut aku contact sana sini untuk kesahihan. Memang nasib aku kurang baik, bila aku mohon cuti dan pelepasan bertugas di luar negara...masa dah terlampau singkat untuk pelepasan...terpaksa la aku mohon maaf kepada AVC kerana tak dapat bertugas kali ini...Masalah teknikal dan info ini berlaku kerana host tak mengeluarkan surat rasmi mengikut tarikh...apakan daya bila dah bertugas dengan kerajaan, terpaksa ikut semua prosidur dan masa yang telah ditetapkan. Puuhhhh...kalau aku hadir kejohanan ini bermakna aku lah pengadil Malaysia pertama yang dijemput bertugas di kejohanan dunia di luar negara....tak de rezeki beb...

Sunday, April 12

Seminar Undang-Undang


Saya mengikuti satu seminar Undang-Undang Terkini Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa di MSN, Bukit Jalil yang melibatkan pengadil dan jurulatih bertauliah MAVA. Banyak juga input tambahan dari penceramah jemputan Mr Sonsak Serropon dari FIVB Referees Commission. Walaupun beliau ini tidak faseh berbahasa Inggeris, namun mesej daripada beliau dapat difahami dengan sempurna. Bermulalah aplikasi terkini yang pada mulanya akan mendapat sedikit keresahan kepada semua pemain dan juga pengadil-pengadil sendiri. Apabila saya bertugas di Kejohanan Bola Tampar MSSJ 2009, terdapat sedikit perbalahan kerana isu ini agak baru dan kurang mendapat penjelasan, terutamanya para jurulatih yang masih terikat dengan cara lama. Namun demikian undang-undang terbaru ini menggambarkan bahawa sukan ini akan berkembang maju sesuai dengan moto FIVB..." KEEP THE BALL FLYING "