Sunday, September 27

Posing Raya

Ini adik beradik aku posing masa raya tempohari.....ingatkan ada konsep warna tahun ni, tapi communication breakdown so berterabur la...





Thursday, September 24

Banjir Raya

Ini adalah peristiwa sehari sebelum Aidil Fitri. Hujan tak lama pun...tapi banjir kilat melanda kawasan rumah aku..yang geramnya, cuma rumah aku saja yang masuk air..kerana parit belakang rumah tinggal separas lutut saja kedalamannya (tak servis dah 6 tahun)..nak salah siapa tu? Majlis Daerah? YB? jem jangan cakapla, berkilo-kilo....dan ada yang ambil kesempatan buat servis angkat motorsikal yang tak berupaya meranduk air sedalam paras peha di atas jalan raya utama....






So Dato' Tentera bersara yang menjiwai rakyat tu kena faham la...kalau nak selalu tengok kawasan kena banjir kilat selalu...pusing-pusing la kok lheng bila rakyat dok mengadu dumba ni...




Gembira bermain air menjelang Aidil Fitri 2009






Salam Aidil Fitri


Menjelang sudah Aidil Fitri setelah sebulan berpuasa. Aku menyambut lebaran kali ini di kampung halaman negeri tumpah darahku di Perak Darul Ridzuan. Walaupun hujan setiap hari, sempat juga kami sekeluarga menziarah saudara mara terdekat dan berkumpul di rumah ibu bersama kesemua adik beradik. Ada sambutan Majlis Ramas Mesra untuk members Portal Batu Kurau Kapongku, dihiasi dengan pelancaran KOOP Itjimai'iyah Batu Kurau Malaysia Berhad oleh Dato' Mohd Fauzi Shaari dan disambut sokong oleh YB ADUN Batu Kurau sendiri yang juga teman persekolahan aku dulu. Kepada semua, diharapkan kemeriahan ini akan terus berpanjangan...


Monday, September 14

Mee Racun Batu Pahat


Aku memang fanatik tentang makan-makan ni, tambah bila bulan puasa ni. Sempat aku berbuka dengan kawan-kawan di sebuah warung kecil yang menghidangkan Mee Racun!!!

Memang menu ni mengancam, sesuai dengan namanya!!! Mee Racun Tulang ni memang special, mee berkuah dengan tulang gearbox beb...berpeluh bila dah kena sepinggan...thanks to Mr Fadhil yang membawa aku makan di warong ini..thanks juga to Rozul dan Azhar All Black yang meyertai konvoi berbuka puasa ala santai ni....thanks...Selamat Hari Raya

Kedua-dua chef ala warong ni sedang menyediakan tempahan dari pelangan yang berpusu-pusu datang untuk berbuka puasa.

Sunday, August 9

Happy Birthday Kak Leha


Selamat Hari Ulang Tahun ke 50 Kak Leha! Tentu bahagia dan tak payah kerja lagi....full time kat rumah...

Seni Visual

Bila aku dapat Timetable baru ni pusing jugak sekejap...dah pulak kena ngajar Pendidikan Seni Visual...bukan tak suka, tapi dah lama tak berkarya...sekadar nak mencukupkan jumlah masa mengajar konon...dulu zaman sekolah walaupun dalam jurusan Sains Tulen aku ambik jugak PS kerana syok dengan aktivitinya, tapi kemungkinan besar kerana cikgu seni aku yang cukup baik memberikan galakan rasanya...minggu ni aku buat kerja kraftangan...begitulah asyiknya student yang tention dengan subjek akademik, berkarya dalam seni.....


Suki..meoowww

Aku dapat seekor lagi teman menggembirakan hati...seekor kucing kampung yang sangat periang dan enegetik...dari kecil aku belai manja dan menjadi teman seekor lagi kucing Parsi hitam aku tu...kalau dua-dua tu main memang segar hati dan perasaan aku....sayanggggg Suki..





Semuga kamu tambah sihat dan menceriakan kami sekeluarga...jangan miang-miang tau....