Aku teringat dulu-dulu masa pergi Kursus Bina Negara.. Lagu Anak Kecil Bermain Api ni memang menusuk jiwa, membangkitkan semangat patriotik dalam membela agama, bangsa dan negara!!! Tapi kali ini lain cerita beb... laluan aku balik dari tempat kerja saban kali bertempur dengan kenderaan dan budak-budak sekolah. Di luar pagar sekolah ni, bebudak hingusan ni bagai berada di Zon Selamat...di luar batas undang-undang sekolah malah di luar norma kehidupan seorang pelajar. Aku rakamkan detik bakar membakar kertas (mungkin kertas exam) yang nampaknya bagai kebakaran kecil..kawasan ramai yang penuh dengan kenderaan penumpang menjadi kawasan hiburan tak campur lagi dengan kumpulan yang merokok macam dalam pub!!! Wah wah.. enjoy toi depa bila berada di luar pagar... macam dunia depa yang punya... ragam bebudak sekolah yang memang aku tak boleh terima.. kalau berhenti dan tegur, silap-silap kereta aku pulak kena baling batu!!!
Tuesday, August 5
Monday, August 4
Speaking London...
Every second week of the month is constructed to be as English Week. During the assembly (conducted by students) medium of instruction is English whereby teachers and students will converse totally in English Language. As we all know that, English is only used at school and the only way to make them converse is to make the language as "survival". We draw a path near the teacher's room as English Zone to ensure the only medium can be heard in the area is the respective language. Hopefully our 'Kampung Students" will try their best to use the language regularly even though BM, BJ and BB are their respective languages ever since .
Sunday, August 3
Pandu Cermat Jiwa Selamat
Oleh kerana harga minyak belum turun-turun lagi, sejenis kenderaan jimat minyak telah diperkenalkan. Prototaip yang pertama telah dicipta menggunakan kayu keras yang fleksibel tetapi mudah didapati di mana-mana semak di Malaysia. Akan berada di pasaran tak lama lagi selepas semua ujian ketahanan selesai. Harga boleh runding sebab ada banyak model diperkenalkan.. bermula dari mini-bike hinggalah ke super-bike. Bersifat mesra alam dan kos baikpulihpun sangat murah. Ayuh, kengkawan kita tukar kenderaan hibrid yang baru ni...
Sesi ujian kelajuan sedang dijalankan.. aksesoripun dalam pakej..so jangan risau kalau berlaku kemalangan.Saturday, August 2
Kita Belajar Apa Tadi ekk!!
Selesai sudah LDP ke 2, ditambah dengan penyertaan MAXIS sebagai penggarap sistem komunikasi terutamanya siri internet. Kurang jelas dengan kehadiran mereka..banyak student UTM yang membantu dan mintak maaf ler...tak ada kaedah yang berjaya kerana lecturer tak belajar psikologi, pedagogi, falsafah dan sosiologi...tak buat homework tentang keupayaan klien menyebabkan guru pun boring la... Microsoft Power Point? Entah ler... masa singkat sangat untuk belajar semua ilmu..tapi tak pe gak kerana masalah boleh dirujuk pada bila-bila masa, kerana Dr. Fadil dan Dr. Zarina selalu ada kat sekolah..

Sebahagian dari bakal-bakal blogger sedang menyusun laporan untuk di publish.. ada isu panas ke?
Friday, August 1
Gebu.......Shampoo
Harga Minyak Nak Turun.......
Berita hari ini kalau benar akan gempar lagi.. PM akan mengumumkan penurunan harga minyak petrol dan diesel tak lama lagi dengan alasan harga global dah mula turun... hehehehehhe...lawak toi... sebab kena 'pressure' keliling pinggang selepas debat Anwar-Shabery barulah agaknya PM sedar bahawa tindakan tempohari tak betul (tak popular) .. betul cakap kawan aku dari Berne... 1. Jika kerajaan mengambil pendekatan Anwar, maka kerajaan akan hilang kredibiliti, tetapi rakyat BN dan rakyat PR akan menikmati harga petrol yang rendah dari sekarang.
2. Jika kerajaan tidak mengambil usul, maka rakyat BN tidak rugi tetapi rakyat PR akan terus protes.
MALAYSIA BOLEH.....
Bila Cincin Di Jari
Cincin merupakan aksesori yang hampir wajib bagi kaum Hawa, berbagai sumber material digunakan dan selalunya cincin di jari manis memaparkan agenda yang tertentu. Semua cincin adalah 'keras' kerana ditatah oleh besi, perak, emas atau intan berlian. Kalau di jari manis, tentu special kerana romantik dan cantik dipandang. Tak berapa hari lagi ada 2 orang teman sebumbung akan bakal menyarung cincin nikah yang cantik, elegan dan mahal. So...tahniah kepada bakal pengantin berdua.. sorang kat Peserai ( ada chance mengunjung ).. sorang lagi kat Seberang Takir.. ( jauh toi nak kayuh ngan answer).. apa-apapun kengkawan semua tumpang berbahagia di atas status baru yang akan dimiliki!! So kepada yang belum menyarung cincin nikah tu... usahakanlah mencari penderma budiman! Untung-untung dapat "Dato".. tentu-tentu dapat status "Datin" nanti..
Subscribe to:
Posts (Atom)

