Thursday, April 28

KENDERAAN SESI LATIHAN

Kenderaan buatan Malaysia yang bakal mengangkut seorang pelajar UPM untuk latihan praktikalnya sepanjang Mei hingga Julai 2011. Kalau dulu ayahandanya cuma menunggang Yamaha RXS plet KR1991, anaknya pulak tagihkan kereta...kalau sayangkan anak, layan la walaupun mak bapak yang kena tanggung segalanya. Kesimpulannya, jangan bagi anak lesen memandu sehingga tamat belajar di universiti, kalau tidak ini lah bahananya.


Saturday, April 2

Graduasi ala UniversitiB


Bagus dan kreatif pengurusan sekolah mengadakan Majlis Graduasi SPM & STPM untuk pelajar-pelajar lepasan 2010. Sekadar memberi penghargaan dan pengikhtirafan kepada mereka yang telah bertungkus lumus meningkatkan prestasi sekolah!!! Majlis berjalan lancar dengan sistem bunyi yang kecundang, panas membara di dewan yang dianginkan oleh kipas, sedangkan para 'Graduan' bertutup litup dengan jubah secondhand dari KUITHO. Para Akademikpun berlakon ceria walaupun menahan panas dengan Longsuite dan berjubah 'Two Lines' ala sarjana!!

Kalau nak bergaya boleh datang ke majlis ni tiap tahun...Guru DG32pun dapat pakai jubah bertaraf sarjana walaupun tak pernah dapat sebarang ijazah!!!!

Barisan belakang sana adalah 'Graduan' yang diraikan, berpakaian jubah dengan segaknya walaupun ada di antara mereka hanya mendapat Kepujian untuk subjek Bahasa Malaysia sahaja (SPM) dan cuma 1 prinsipal (STPM)...yang penting ramai dan dapat untung sewa jubah ...hahahahaha