Wednesday, March 31

Sambutan Hari Pasukan Kor Kadet Polis



Seperti tahun-tahun lepas, Sambutan Hari Pasukan Kor Kadet Polis telah berlansung di SM Vokasional Batu Pahat pada 31 Mac 2010 bermula pada jam 8.00 pagi. 25 platun telah hadir dan Pasukan Kawalan Kehormatan telah diwakili oleh SMK Tun Ismail dan SMA Parit Raja. Pasukan Kawalan Kehormatan ini telah diterajui oleh Insp. Kadet Nordin (TIGS) dan Insp. Kadet Shahrul (SMK Datin Onn Jaafar). Tahun ini aku jadi pemerhati sahaja kerana terlibat sebagai Pegawai Teknikal Kejohanan Balapan & Padang MSSD BPahat. Sambutan ini telah dirasmikan oleh Timbalan Ketua Polis Daerah Batu Pahat dengan membacakan perutusan Inspektor Jeneral, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan. Semuanya berjalan lancar..dan tahniah kepada semua yang terlibat.



Bersedia menunggu ketibaan tetamu kehormat.

Para jemputan sedang menunggu PPD & Timbalan Ketua Polis Daerah.

Wednesday, March 24

Abi & Ucik

Anak-anak kucing ni semua lahir kat rumah aku....asalnya 4 beradik, tapi bila dah besar sikit aku bagi kat kawan isteri yang tergilakan kucing kampung berwarna cerah...so aku pun bagi je la....yang nama Abi & Ucik ni ikut DNA mak dia (JOJI)...warna putih dengan sedikit lelehan warna oren...sekarang dah mencapai umur 5 bulan, semakin comel dan nakal...aku dapat gambar terkini Abi & Ucik dan paparkan....

Semoga Ucik & Abi akan berbahagia dengan keluarga baru.....we miss u all!!!

Thursday, March 11

Rewang

Hari ni acara sembelih lembu dan persediaan untuk jamuan esok sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Institusi. 2 ekor lembu tumbang, hasil perkongsian guru-guru disini... Tiap tahun acara ini dijalankan...memang puas makan segala isi perut, tulang, tropedo dsb...Semoga esok acara sambutan akan berjalan dengan lancar...Selawat!!!

Tn Hj. Yatim ni Kepala Rewang..kerja mencantas jer...

Ini favourite boss...kena siapkan dulu...



Tak ada yang menolong ketika ini..so bergayut la semua

Ini memang bahagian aku.....

Menumis rempah ratus untuk sup geng rewang