Saturday, April 18

Tak de rezeki....


Aku memang teringin sangat nak serve untuk game antarabangsa...27 Mac 2009 aku dapat email dari Setiausaha Eksekutif AVC untuk bertugas di World Woman Championship 2010 di Puriura City, Wellington, New Zealand. Bila aku terima email tu dan nampak tajuk kejohanan aku rasa jauh lagi masanya....tap tup selepas 2 minggu aku terima lagi email kedua meminta jadual penerbangan....bila aku check di website FIVB...masyaAllah!!! Kejohanan tersebut akan bermula pada 20 April 2009 rupanya...punya la kelam kabut aku contact sana sini untuk kesahihan. Memang nasib aku kurang baik, bila aku mohon cuti dan pelepasan bertugas di luar negara...masa dah terlampau singkat untuk pelepasan...terpaksa la aku mohon maaf kepada AVC kerana tak dapat bertugas kali ini...Masalah teknikal dan info ini berlaku kerana host tak mengeluarkan surat rasmi mengikut tarikh...apakan daya bila dah bertugas dengan kerajaan, terpaksa ikut semua prosidur dan masa yang telah ditetapkan. Puuhhhh...kalau aku hadir kejohanan ini bermakna aku lah pengadil Malaysia pertama yang dijemput bertugas di kejohanan dunia di luar negara....tak de rezeki beb...

Sunday, April 12

Seminar Undang-Undang


Saya mengikuti satu seminar Undang-Undang Terkini Persekutuan Bola Tampar Antarabangsa di MSN, Bukit Jalil yang melibatkan pengadil dan jurulatih bertauliah MAVA. Banyak juga input tambahan dari penceramah jemputan Mr Sonsak Serropon dari FIVB Referees Commission. Walaupun beliau ini tidak faseh berbahasa Inggeris, namun mesej daripada beliau dapat difahami dengan sempurna. Bermulalah aplikasi terkini yang pada mulanya akan mendapat sedikit keresahan kepada semua pemain dan juga pengadil-pengadil sendiri. Apabila saya bertugas di Kejohanan Bola Tampar MSSJ 2009, terdapat sedikit perbalahan kerana isu ini agak baru dan kurang mendapat penjelasan, terutamanya para jurulatih yang masih terikat dengan cara lama. Namun demikian undang-undang terbaru ini menggambarkan bahawa sukan ini akan berkembang maju sesuai dengan moto FIVB..." KEEP THE BALL FLYING "