Monday, June 30

BARIS!.....BARIS ...SEDIA!

Tiap minggu ada saja aktiviti yang aku kena handle, baru lepas Hari Gerko, pentadbir dah rancang Hari Profesionalisma pulak. Mungkin 5 Julai kalau tak silap, pendidik-pendidik kat Institusi aku nak dilatih secara fizikal acara Kawad Kaki. Semua pendidik memang segak pada hari Rabu tiap minggu, uniform pangkat pegawai..dari Leftenan sampai Leftenan Kolonel berselerak kat semua kawasan. Malangnya ramai yang tak mahir dengan unit yang dipakaikan pangkat mereka tu. Banyak acara dalam unit uniform ni aku yang kena incharge..mungkin pengalaman aku sebelum terjebak ke profession ini menyebabkan aku minat dan sanggup memberikan latihan kepada mereka. Cari punya cari jumpa sorang pendidik yang ada pengalaman ROTU dan masih melibatkan diri dalam WATANIAH... dia ni orang baru so low profile jer. Aku plan untuk latih kaum pendidik ni dalam dua sesi... Kawad Asas dan Kawad Istiadat... ramai yang tak tahu nak berkawad pakai tongkat dan sebagainya...malu jugak bila pakai tongkat pegawai tak tahu fungsinya. Walau apapun...aku pikul tanggungjawab ini demi minat, maruah dan tugas aku dalam institusi ini.
Hujung bulan nak bawak budak Form Six gi camping kat Taman Negara Endau-Rompin lagi...mmmm, hilang lagi masa bersama keluarga! Kalau ada yang nak ikut...jom kita menjelajah kawasan tersebut...25 - 27 Julai. Guna 4 X 4 untuk sampai ke Selai...jalan kaki sikit dan sampai kawasan kem/chalet. Aktiviti macam-macam, termasuk mendaki ke Air Terjun 7 Tingkat...bestnya...airnya sejuk dan sangat bersih! Kat kawasan kem ada sebatang sungai yang banyak ikan dari air...kalau berenang, memang accident dengan ikan-ikan tu...tapi sayang tak leh tangkap..cuma boleh bagi makan dan tengok jer. JOM kita...

Sunday, June 29

Untung Sudah...Tinggal Penat Jer


Selesai sudah Hari Gerko, untung dah beribu penat jer yang tinggal setelah 3 hari persediaan. Ini gerai aku dan bebudak di samping 3 orang collegues yang turut membantu. 'OJO LALI MAMPER'.... Jangan lupa singgah..! motto gerai conner lot ini.
Pandangan hadapan gerai aku...boleh lah tahan viewnya, jualan tak seberapa sangat tapi hasil ok la. Dengan menu dadih sejuk berbagai perisa, jambu batu potong, ais krim, tit bits, air tebu dan soya berjaya menarik pengunjung ditambah dengan 'promoter' ayu dan hensem! Modal cuma beratus jer, tapi hasil beribu!!! Photo ni di awal pagi ketika persiapan sedang dibuat... ketika ini air tebu dan soya sedang diperah!!!
Di belakang tabir... bebudak aku sedang memotong buah jambu yang akan dibungkus dan diserap dengan serbuk asam manis yang cukup mengancam!! Cukup laris dijual hingga tak menang tangan "salesman" aku. Semangat gotong-royong rakan-rakan sekelas ini cukup menggembirakan aku.. Syabas 5 Cekal!!! untung nanti kita buat Grand Dinner lepas korang tamat exam nanti.Pengunjung sedang berpusu-pusu masuk ke dataran untuk shopping mopping la. Banyak menu makanan kat gerai-gerai yang ada. Rumah Hantu, permintaan lagu, download lagu, permainan dan bermacam-macam lagi aktiviti dijalankan...macam Pesta Konvo kat U dulu... Abang-abang hensem sedang menunggu dan menjamu selera di dataran selera ini. Oleh kerana tempat makan di tengah-tengah dataran, puaslah melihat dan mengorder segala menu yang ada. Bebudak salesman/lady pulak sanggup menghantar makanan ke meja makan dengan sedikit tips!!! Dan yang bestnyer.., esok cuti!!!! Cuti Peristiwa kerana aktiviti hari ini...Malamnya Final EURO pulak...rasanya aku sokong 100% pasukan Espana yang aku kagum dan respect!!! Kalau nak best lagi...keluar cari Big Screen kerana lebih ramai peminat dan penyokong...sambil minum Air Buah Gelas Besar!! Wah..teringat nostalgia World Cup kat Selayang... Puas minum puas nguyuh....View di dataran selera ketika awal pagi.... padang futsal lak penuh Mat Belia mendaftar...oleh kerana masih awal pagi, pengunjung selesa membeli-belah dan menjamu selera... Lagu-lagu permintaan sedang kuat berkumandang...tapi DJnyer kurang 'power' la....suara tak 'jantan' macam KIRAN kat Radio ERA.. Walaupun aktiviti ini macam kurang persediaan, tapi sambutannya cukup meriah dengan ribuan pengunjung yang cukup pemurah 'Makan sambil Menderma' Harap-harap tahun depan acara ini akan lebih menarik lagi dengan susun atur acara yang lebih menarik!!! Apa-apapun TQ kepada pihak pengurusan yang nampaknya 'ALL OUT' untuk mempastikan program ini berjalan lancar! Kepada semua yang terlibat...terima kasih! Jasa dan keringat kalian sangat-sangat dihargai. Kepada bebudak 5 Cekal, terima kasih juga, kerana sumbangan anda adalah nilai positif terhadap semangat kerjasama dan kepatuhan kepada norma pendidikan. Syabas!!!

JANGAN LUPA PAGI NI BOLA!!! EURO 2008 ESPANA VS GERMANY

Thursday, June 26

SELAMAT HARI GERKO 2008

Tanggal 29 Jun nanti sekolah akan mengadakan Hari Gerko, juga dikenali sebagai Hari Usahawan, Hari Kantin etc....pokok pangkal ada masyukkkkkkkkkkkk..Tapi untuk kesekian kalinya aku rasa macam kurang preparation la..Pentadbir macam tak ada fokus nak urus aktiviti ini....masa meeting lansung tak mention target atau objektif...mmmmmm, keuntunganpun tak ada kata tolak, berapa % nak diagihkan. Bebudak memang le suka...berniaga Ali Baba ni...modal tak keluar, tolong jual saja. Tapi aku ngan bebudak tu akan all out..aku akan demand keuntungan yang sepatutnya. Dah plan nak jual minuman sejuk, dadih, buah-buahan sejuk dan apa-apa yang dapat disponsor..janji dapat duit(kupon la). Besok petang nak tebang tebu kat belakang rumah...dapat 30 batang dah kira ok,,, hantar p mesin mungkin dapat sebaldi besar...bebudak yang lain cari nenas, jambu batu dan ciku... sejukkan dengan air batu..jual pakai plastik. Nak fikir hias gerai lagi...pening! Apa-apapun jualan akan diteruskan sampai barang habis dijual. Doakan jangan hujan pada hari tu, kalau tidak...hasil jualan makan sendiri le.

Monday, June 23

X X X RAY

Ini adalah pandangan pintu masuk Bilik X Ray A di Hospital Batu Pahat. Selepas kemalangan kereta pada 21 Febuari lepas, bini aku pergi mendapatkan rawatan kali ke 3 dan di x ray lagi untuk melihat bahagian yang patah-patah di tangan dan kaki. Proses pendaftaran di Klinik Pakar dan Bilik X Ray berjalan dengan cukup lancar kerana pagi-pagi lagi aku dah sampai. Orang belum ramai so dapat ler no 2...Bila sesi jumpa doktor aku terkejut besar..... filem x ray tu menunjukkan kesan-kesan patah belum pulih lagi. Lagi terkejut besar bila implan yang dipasang di tulang femur tidak dalam keadaan sempurna. Ada pulak skru penutup implan dah berselerak dan tak cover implannya...pelik-pelik. Peliknya lagi bila ketiga-tiga filem aku teliti....Dari mula lepas operation lagi skru tu tak betul kedudukannya! Kali kedua rawatan dah nampak skru tu dah nak tercabut! Kali ketiga rawatan....apa lagi berselerak ler skru tu....Bayar bukan main mahal implan-implan tu....duit sendiri! Beginilah rawatan di Hospital Kerajaan....rasa macam nak saman mahkamah jer nie....kecuaian yang tak patut dilakukan oleh Doktor Pakar!!! Patut ler bini aku komplain rasa sakit-sakit dalam peha dia....semenjak balik dari hospital asyik telan "pain killer" jer....3 minggu lagi buat rawatan kali ke4...kalau masih sakit-sakit lagi (selepas 4 bulan operation)...aku nak bawak bini ke Hospital Swasta dan sapina pihak hospital...memang tak profesional betul.... huh geram aku!!!

Friday, June 20

Bukan Sebarang Kasut

Semasa SUKMA di Kemaman, aku melawat Bola Tampar Indoor di dewan baru yang tersergam indah. Aku teringat sorang kawan di Seri Kembangan yang suka meragakan koleksinya. Lalu aku mengambil gambar sekawan sukarelawan yang pakai baju boria tetapi bergaya dengan kasut yang fancy......Aku dekati mereka dan mohon untuk ambik gambar kasut-kasut mereka. Dengan segeranya mereka posing kasut kat lantai. Memang meriah suasana di dewan....sejuk nyaman!!! Ramai peminat Bola Tampar berkunjung..terutama bila tuan rumah bermain. Namun kecantikan dewan tak menjanjikan apa-apa kemenangan pada tuan rumah....harap-harap dewan akan dimeriahkan lagi dengan sukan-sukan lain nanti. Pada empunya kasut-kasut tu...saya mengucapkan tahniah kerana bertugas dengan cemerlang masa tu.....ermmmm kumpulan sorak kut!!!

Wednesday, June 18

HARI TERBUKA SEKOLAH 2008

Khamis 19 Jun, sekolah akan mengadakan Hari Terbuka yang membawa Guru, Ibubapa dan pelajar duduk semeja dan membincangkan prestasi akademik anak-anak. Ibubapa akan diberikan maklumat prestasi, disiplin dan semua yang berkaitan serta unjuran pencapaian yang dihajati oleh semua pihak. Tak pasti samada semua akan hadir...Hari Khamis hari bekerja dan kemungkinan ada yang terpaksa mengambil cuti untuk hadir...Kalau semua dapat hadir tentu program ini akan berjaya! Usahasama antara guru dan ibubapa sangat-sangat diperlukan agar pelajar-pelajar akan sentiasa dipantau di sekolah dan juga di rumah sendiri. Jadual belajar di rumah dan kerja rumah akan hanya boleh dipantau oleh ibubapa. Sokongan mereka akan menampakkan usaha murni ini akan berjaya..InsyaALLAH. Info mengenai stratergi P&P akan disalurkan secara live dan diharapkan semua akan berpuashati dengan usaha pihak sekolah untuk mencapai keputusan cemerlang dalam peperiksaan rasmi kerajaan. OK...kita lihat apa yang akan berlaku besok...Walaupun di padang sekolah akan kedengaran suara-suara sorakan kerana Kejohanan Kriket MSSD berlangsung, tapi di dalam kelas tetap menunggu seorang pendidik dengan sabar kehadiran ibubapa yang yakin bahawa sisitem pendidikan ini menjanjikan kesempurnaan dalam membentuk insan yang cemerlang!

Tuesday, June 17

FIRE FIRE FIRE DRILL

Kelmarin, satu latihan kebakaran telah dijalankan di sekolah, memang acara ini menjadi rahsia sehinggalah bunyi loceng yang sangat panjang..........semua murid beratur dan bergegas ke tempat selamat dan guru-guru mencapai register dan membilang jumlah murid yang hadir di padang sekolah. Bila siap semua beratur dan kedatangan pelajar diperiksa terdengar suara sumbang di belakang....." Hoi...macamana boleh semua beratur kat padang sekolah ni?" Rupanya pentadbir sekolah yang melaung dari belakang. Sebelum ni, peta laluan arah ke padang, tapi dah ditukar ke gelanggang futsal yang terletak di Timur sekolah...semua orang keliru...peta laluan telah ditukar dan ditampal di setiap pintu kelas! Sorang manusiapun tak perasan!!! Habis murid kena bebel, guru-guru pulak kena bebel di bawah sinar matahari jam 11.30 pagi. Dah ler pagi tu masa perhimpunan guru-guru dibebel kerana tak pakai uniform! Kena lagi beberapa jam kemudian...siapa salah? Tepuk dada tanya selera!!! Nada marahkan murid dan guru sama saja...cuma tak ada maki hamun jer...Well..ramai yang rasa pelik dengan sikap pentadbir yang terbawa-bawa emosinya...ada masalah kat rumah ke? Namakan latihan kebakaran...bukan sekali setahun tapi berulang-ulang kali...kalau silap kita buat lagi kan kan kan. So next time bila dengar saja bunyi loceng panjang kita dail saja 999...barulah real bila bomba ke ambulan ke datang.. Minggu ni banyak acara akan berlansung di sekolah...guru dan murid akan terlibat..kemesraan melibatkan semua taraf samada pentadbir, guru, murid dan juga ibubapa...sama-samalah kita mengekalkan semangat yang positif agar institusi ini berjaya!!!!

Monday, June 16

Terjun Jangan Tak Terjun


Tanggal 15hb yang lepas aku bersama anggota Kadet Polis telah menyaksikan perasmian 'Beat Base Polis' di Bukit Pasir, Batu Pahat. Perasmian telah dilakukan oleh Ketua Polis Johor dan dihiasi dengan berbagai acara sampingan yang menarik. Antaranya ialah terjun tali 'repelling' dari anggota komando 69 dari helikopter PDRM. Ramai yang kagum dengan aksi menarik ala 'stunt' unit tangkas ini ditambah dengan uniform dan senjata yang digunakan. Ada banyak lagi gimik-gimik sempena perasmian ini termasuk persembahan Unit K9, FRU dan Pusat Latihan Polis Muar....Setelah selesai semua, sampailah acara makan-makan....punya la ramai yang datang rupanya...Alhamdulillah, makanan memang cukup...banyak yang makan berdiri dari duduk...walaupun makanan untuk VIP berlebih-lebih nampaknya. Sedang makan, ada la pulak band buat persembahan...Si Nana Era tu pun nyanyilah..berduet dengan sorang anggota polis wanita...ermmmmm rasanya sipolis tu lagi sedap nyanyinya. Sambutan penduduk tempatan memang meriah...penuh kawasan jalanraya...Jam sekejap Batu Pahat dibuatnya...mungkin aktiviti begini jarang-jarang dibuat...tambahan kat pusat tumpuan manusia pulak. Tahniah PDRM kerana mendekatkan lagi diri pada masyarakat....Dont ask how to make the crowd come...we go to the crowd!!!!

Saturday, June 7

SUKMA XII, TERENGGANU, 2008

Kali ini aku nak berceloteh tentang SUKMA XII, Terengganu 2008... Aku terlibat dengan rasminya dalam acara Bola Tampar Pantai... kerja tak la susah sangat, cuma menyusun tugas semua pengadil, rakamkan aksi-aksi mereka dan memimpin agar acara ini berjalan dengan lancarnya..kalau dibanding dengan Bola Tampar Dewan memang kami kerja teruk sikit...sebab berjemur tengah panas dari pagi sampai petang. Namun anak-anak buah aku dari serata negeri amat gagah mengharungi hari-hari yang sangat panas...memang semua dah hitam legam dibakar cahaya Sang Matahari...Kalau nak ikut bayaran memang tak mewah walaupun penganjur kaya raya sebab menganjurkan sukan berprestij ini. Venue kejohanan memang cantik dan menarik...tepi pantai Teluk Mak Nik di Kemaman dekat sangat dengan penginapan pegawai kejohanan di INTAN Timur. Acara pertama sampai di gelanggang ialah ...kutip segala benda asing yang tak sepatutnya ada.....kaca, batu, kulit kerang dan sampah!!!! Kata pegawai teknikal....benda asing tu tak adapun sebelum tu...!!!! entah ler.... Tu dia.... handsomenya pengadil-pengadil Bola Tampar Pantai pakai 'ALL IN BLACK"... baju sponsor... tapi second day dah tak tahan lagi...tukar baju kuning pulak...... Setelah bertugas selama 7 hari, datanglah sakretariat nak bayar elaun tugas....memang seronok dapat elaun....dah seminggu belanja pakai duit sendiri ber!!!! Tapi bayaran yang dibuat cukup mengelirukan....ada di antara pengadil-pengadil ini yang dipotong elaun kerana kerja tak cukup hari..(termasuk aku!)...wah mengamuk la kami...datang sama-sama tapi elaun lain-lain. Kami boikot game semi final sekejap...sehinggalah datang seorang pegawai menjelaskan kedudukan dan berjanji akan settle bayaran elaun mengikut kadar sebenarnya...Kami sambung balik tugas sehingga tamat perlawanan terakhir petang tu...Yang kartunnya...lepas tugasan terakhir kami...datang pula beberapa orang pegawai yang membayar elaun tambahan sehingga cukup bilangan hari sebenarnya...pelik-pelik!!! Sememangnya kami cukup musykil dengan pengurusan kewangan yang ditadbir oleh Jawatankuasa Pengelola... cukup berbeza dengan pengurusan sukan Badminton yang bertapak di bumi yang sama dan tidur di bawah satu bumbung! Jumlah baju dan track bottom pun tak sama....Kesimpulannya...pengurusan SUKMA kali ini sungguh mengecewakan!!! Di antara gambar-gambar yang sempat dirakam di venue pertandingan.... Penyokong-penyokong pasukan Johor sedang bersorak ketika duo wanita mereka sedang beraksi....Syabas Johor , walaupun dapat pingat Gangsa...semangat bersaing dah bertaraf emas!!!